Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat, kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan BERSIH 4 tidak memberi sebarang ancaman kepada negara.

Nazri yang juga anggota majlis tertinggi Umno berkata beliau melihat Mahathir sudah berubah sikap kerana bekas perdana menteri itu sebelum ini menolak demonstrasi.

Dengan sinis, Nazri bagaimanapun berkata beliau percaya bahawa "orang tua" seperti bekas perdana menteri itu tidak akan mencetuskan masalah dalam perhimpunan seperti itu.

"Diapun sudah berubah sikap. Dulu (Mahathir) kata demonstrasi bukan budaya kita, tapi bila sudah tua, 90 tahun baru sedar ini merupakan budaya baru dan dia pun hendak sertai sekali.

"OK lah macam itu. Saya tidak fikir orang tua macam itu akan rosakkan harta benda atau baling bom.

"Makin ramai orang tua macam itu lagi bagus," kata Nazri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur 2015.

Mahathir pada Sabtu dan Ahad lalu hadir pada perhimpunan BERSIH 4 bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Mahathir menjelaskan, kehadirannya pada perhimpunan itu bukan kerana menyokong BERSIH 4 sebaliknya hanya untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat.

Kehadiran Mahathir ke perhimpunan itu turut mendapat kritikan daripada beberapa pihak termasuk ahli Umno sendiri.

Lihat Komen
ADS