Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dipecat dari Umno? Mukhriz kata tidak terima notis
Diterbitkan:  Sep 3, 2015 1:33 PM
Dikemaskini: 7:35 AM

Satu mesej yang dikesan tersebar luas sejak semalam mendakwa mesyuarat majlis tertinggi Umno pada 9 September ini akan memutuskan pemecatan tujuh orang pemimpinnya.

Antara nama yang disebut dalam sebaran tersebut termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan MB Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mengulas perkara itu, Mukhriz Mahathir ketika ditemui pemberita hari ini berkata beliau tidak menerima apa-apa notis berhubung perkara itu.

Mukhriz berkata beliau tidak menganggapnya sebagai maklumat yang sah melainkan jika ia diterima dari Umno pusat.

"Senarai ini macam-macam... tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tidak boleh bagi respon.

"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan Umno pusat.

"Jadi saya tak boleh nak terima lagi komen kononnya maklumat dan berita itu telah disahkan," katanya kepada pemberita di Kedah.

Sementara itu, naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan tersebut hanyalah satu khabar angin yang tidak berasas.

Katana beliau sendiri tidak tahu menahu jika mesyuarat tersebut sememangnya akan membincangkan perkara itu.

"Jika ada pihak tertentu yang mahu terus percaya khabar angin berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak tahu apa agenda mesyuarat itu nanti," katanya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian Online .

Turut disebut dalam sebaran di Whatsapp itu ialah naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan MP Kulim Bandar Baru MP Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Tiga lagi nama ialah bekas MB Terengganu Datuk Ahmad Said, bekas exco Perak Datuk Hamidah Osman dan MP Sepanggar Datuk Jumat Idris.

Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada barisan jemaah menteri pada bulan lalu ekoran kritikan mereka ke atas perdana menteri dan juga isu 1MDB.

Lihat Komen
ADS