Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AG rayu keputusan batal gantung The Edge
Diterbitkan:  Sep 23, 2015 11:40 AM
Dikemaskini: 6:19 AM

Pejabat Peguam Negara (AG) memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam susulan keputusan mahkamah itu membatalkan keputusan kerajaan menggantung The Edge Financial Daily dan The Edge Financial Weekly.

Pejabat itu juga memohon pengangguhan pelaksanaan keputusan Hakim Datuk Asmabi Mohamad pada Isnin, yang membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri untuk menggantung penerbitan itu.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke mengesahkan permohonan itu difailkan tetapi tiada tarikh ditetapkan.

Peguam The Edge Communications Sdn Bhd, Raja Eileen Soraya Raja Aman, yang bersana ketua barisan peguam Darryl Goon, mengesahkan bahawa firma Raja Darryl and Loh menerima notis rayuan dan pemohonan penangguhan pelaksanaan kuputusan itu.

"Tiada tarikh ditetapkan tetapi biasanya (permohonan) penangguhan akan didengar terlebih dahulu," kata Raja Eileen Soraya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kementerian itu mengeluarkan arahan penggantungan selama tiga bulan terhadap kedua-dua akhbar kewangan itu bermula 27 Julai.

Ia ekoran akhbar tersebut lantang mengkritik isu firma pelaburan 1MDB.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS