Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Pengarah Shamyl Othman bukan hanya mahu bikin filem, tetapi juga mengetengahkan idea persefahaman masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Beliau mempunyai seribu satu mesej apabila membuat keputusan menggunakan pelakon Melayu, Cina dan India dalam Rembat , filem keduanya selepas Kami Histeria , sebuah karya komedi seram.

Rembat mengisahkan watak Melayu dan Cina yang tidak mengenali satu sama lain pada awalnya berubah menjadi kawan dan berjaya menyelesaikan masalah dihadapi.

“Kita kena raikan budaya yang ada di negara ini kerana walaupun terdapat perbezaan dan berlainan pendapat. Itulah perkara yang kita harus raikan.

“Kita tidak boleh menafikan hal itu kerana bagi saya, kita harus memahaminya.

“Semua rakyat Malaysia sama, tidak akan ada integrasi tanpa persefahaman,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui selepas tayangan malam gala Rembat di Damansara, Petaling Jaya kelmarin.

Anak kahwin campur

Shaymyl antara bakat muda yang kian menyinar dalam industri perfileman.

Filem pertama arahannya Kami Histeria mendapat pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-27 bulan lalu.

Beliau anak kepada Othman Hafsham - pengarah yang tidak asing lagi dalam dunia komedi, yang dikenali dengan karya-karya popular Adik Manja (1979), Mekanik (1983) dan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu .

Mengulas lanjut isu hubungan kaum, Shamyl sendiri mempunyai latar belakang itu. Ibu dan bapanya sendiri berlainan kaum.

Rembat dibintangi oleh Shaheizy Sam, Aniu, Zizan Razak, Zara Zya, Arja Lee, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz

Filem itu dihasilkan dengan kerjasama Grand Brilliance, Red Films, Marna Films dan mula ditayangkan di pawagam bermula hari ini.

Lihat Komen
ADS