Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'1MDB tak boleh dipersalah jika Bank Negara tak jalankan tugas'

1MDB tidak boleh dipersalahkan terhadap sebarang dakwaan salah laku yang disiasat oleh Bank Negara jika bank pusat itu gagal mendapatkan penjelasan yang diperlukan, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Jika Bank Negara Malaysia tidak memohon maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB harus dipersalahkan apabila mereka telah mengisi borang dan menjawab soalan yang diperlukan?" soal Apandi semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Jabatan Peguam Negara untuk menutup siasatan Bank Negara ke atas 1MDB mengikut Bahagian 1 (4) (b) Jadual Kelima Akta Kawalan Pertukaran Wang.

Menurut Apandi, Jabatan Peguam Negara tidak melihat sebarang keperluan untuk menyemak semula keputusannya itu.

Tambahnya, tidak ada kewajipan juga untuk 1MDB memberi maklumat kecuali diminta oleh Bank Negara sebelum itu, selain tidak ada bukti baru.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS