Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

Penasihat 1MDB, Goldman Sachs dalam pemerhatian FBI

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Akhbar The Wall Street Journal melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sedang meneliti peranan Goldman Sachs yang bertindak sebagai penasihat kepada syarikat pelaburan negara 1MDB berhubung beberapa siri transaksi.

Memetik sumber, WSJ berkata siasatan ke atas Goldman Sach adalah pada peringkat pengumpulan maklumat dan setakat ini tiada petunjuk berhubung salah-laku.

"(Penyiasat) masih belum dapat memastikan sama ada perkara itu akan menjadi tumpuan mana-mana siasatan terhadap skandal 1MDB,” kata seorang jurucakap FBI.

Goldman Sachs adalah penasihat 1MDB yang kini sarat hutang berhubung tiga pengambil-alihan dan menguruskan penjualan bon bernilai AS$6.5 bilion dengan yuran perkhidmatan sebanyak AS$600 juta.

Menurut laporan itu, eksekutif bank yang bertanggungjawab mendapatkan dana untuk 1MDB juga terbabit dalam urus niaga kontroversi dengan Lembaga Pelaburan Libya, yang kini menjadi subjek tuntutan mahkamah.

[Baca berita penuh]