Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya sudah buat 43 keputusan, termasuk hapus tol'
Diterbitkan:  Oct 17, 2015 4:24 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata sejak beliau menjadi ketua menteri, beliau telah membuat 43 keputusan termasuk penghapusan tol.

Selain itu, katanya, beliau juga membuat keputusan berkaitan penurunan tarif elektrik dan tambang feri di negeri itu, lapor Bernama.

Selain itu, katanya beliau juga turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempercepat pembinaan lebuh raya Pan Borneo.

Beliau juga berharap syarikat kontraktor milik anak Sarawak diberi peluang dalam projek yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun itu.

"Saya juga meminta daripada perdana menteri supaya syarikat dari Sarawak diberi peluang untuk turut serta dalam projek petroleum dan gas," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional itu.

Adenan turut mengulangi seruan agar rakyat Sarawak memberinya peluang dan sokongan sepenggal lagi untuk beliau memimpin kerana masih banyak lagi perancangannya untuk Sarawak.

Beliau dilapor berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2015 di Kuching malam tadi.

Lihat Komen
ADS