Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS akan menyokong sekiranya undi tidak percaya terhadap perdana menteri dibawa ke parlimen dalam persidangan kali ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu bagaimaapun berkata, PAS akan menunggu terlebih dulu untuk melihat jika usul berkenaan benar-benar dibawa ke parlimen.

"Kita tunggu perkara ini dibentang di parlimen dulu. Ia terpulang kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya kepada media malam ini.

Beliau ditemui Beliau di dalam program Himpunan Fastaqim (H60K) di Stadium Muhammad IV Kota Bharu, Kelantan.

Takiyuddin berkata undi tidak percaya merupakan sebahagian daripada prosedur dibenarkan dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Dan kita akan menyokong undi tidak percaya," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media kemudiannya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendekatan "tunggu dan lihat" berhubung sekiranya undi tidak percaya di bawa ke parlimen dalam sidang kali ini.

"Kita akan lihat terlebih dahulu. Tunggu dan lihat apa kewajaran (undi tidak percaya)," katanya.

Ditanya lagi adakah wajar undi tidak percaya dibawa ke Parlimen, Abdul Hadi berkata: "Kita akan lihat kewajarannya."

Lihat Komen
ADS