Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LGE bukan bos saya, kata MP PKR berkaitan usul tak percaya

Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian menolak saranan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya menarik balik usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Lim Guan Eng bukan bos saya," kata Hee dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas saranan Lim bahawa usul penting seumpama itu sepatutnya dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Biar presiden parti memutuskannya," kata Hee sambil menegaskan beliau akan mengikut keputusan parti.

Sementara itu, ahli parlimen PKR Batu Tian Chua turut menolak saranan Lim supaya usul tersebut ditarik balik.

"Tidak ada perkara seperti itu - kecuali jika kita tidak mahu perdana menteri meletak jawatan," kata Chua.

Beliau berkata setiap ahli Parlimen mempunyai hak untuk membentangkan apa juga usul. Baca berita penuh

Lihat Komen
ADS