Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peranan PAC lebih penting daripada debat 1MDB: Pua

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, peranannya dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) adalah lebih penting daripada berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung syarikat yang sarat hutang itu.

"Tak berbaloi," kata Pua apabila ditanya di Kuala Lumpur hari ini jika beliau boleh mendapatkan jawapan mengenai syarikat pelaburan negara itu lebih bernilai daripada menjadi anggota PAC.

Katanya, isu yang melanda 1MDB adalah lebih besar daripada Arul Kanda dan PAC bukan sekadar melihat 1MDB tetapi juga seperti 'pembaziran keterlaluan kerajaan', katanya.

Menurut Pua, sekalipun jika beliau berundur dari PAC untuk berdebat dengan Arul Kanda dan berjaya mendapatkan maklumat yang diinginkan, beliau tidak boleh lakukan apa-apa dengan dengan maklumat berkenaan.

"Jika saya berdebat (dengan Arul Kanda), walaupun dia bercakap benar, tiada apa-apa yang boleh saya lakukan dengan maklumat tersebut," katanya.

Sebaliknya, kata Pua sebagai anggota PAC, beliau boleh menyumbang kepada siasatan dan laporan mengenai 1MDB secara keseluruhan.

Rabu lalu, Pua menawarkan dirinya sebagai pengacara menemubual Arul Kanda mengenai isu 1MDB menerusi siaran secara langsung.

Arul Kanda kemudian menjawab beliau bersedia menerima cabaran itu tetapi dengan syarat Pua berundur sebagai anggota PAC.

Katanya, tindakan itu bagi mengekalkan integriti siasatan PAC dalam 1MDB dan untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS