'Anda nampak saya? Saya OK'

       

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail membuat kemunculan terbuka di majlis awam untuk kali pertama sejak dipecat baru-baru ini.

Bagaimanapun, selain daripada soalan hadirin menenai keadaan kesihatannya, Abdul Gani berkali-kali menolak sebarang pertanyaan yang tiada kaitan denan topik majlis berkenaan.

Abdul Gani hadir untuk menyertai perbincangan mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 atau lebih dikenali sebagai Sosma.

"Mengenai isu lain tentang keadaan saya, saya OK. Saya menjalani dialisis tiga kali seminggu, saya masih perlu membaca, saya masih buat 'kerja' - bukan di pejabat tapi menjaga cucu.

"Saya sihat tetapi sila faham ini: Apabila saya masih bertuga di pejabat (sebagai peguam negara), saya memang sudah menjalani rawatan dialisis.

"Saya rasa saya ada merurusan denan beberapa presiden dan beberapa presiden lalu walaupun saya menjalani rawatan dialisis.

"Sekarang saya di sini. Anda nampak saya? Saya sihat, terima kasih," katanya.

Majlis itu dianjurkan Majlis Peguam di Kuala Lumpur malam ini.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda