Malaysiakini BERITA

Gambar Nurul Izzah, 'puteri' Sulu cetus kontroversi

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Sekeping gambar memaparkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dengan 'puteri' Sulu Jacel Jamalul Kiram mengundang perasaan tidak puas hati seorang timbalan menteri dari Sabah.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata jika perkara itu benar, ia amat tidak sensitif.

Izzah juga dituntut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya penduduk Sabah yang anggota keluarga mereka terkorban akibat pencerobohan Sulu pada 2013.

Allahyarham Jamalul Kiram III ( gambar ) sebelum ini mengisytiharkan diri sendiri sebagai Sultan Sulu yang mempunyai kedaulatan di tanah Sabah.

Gambar itu dikatakan dimuat naik oleh Nurul dan Jacel pada 9 November.

Semakan terkini bagaimanapun mendapati status itu tidak lagi wujud.

Malaysiakini sudah menghubungi Izzah melalui pesanan teks untuk mendapatkan maklum balasnya.

Sementara itu, seorang anggota parlimen DAP dari Sabah Stephan Wong (Sandakan) pula mempertahankan hak Izzah bertemu dengan Jacel.

Katanya, walaupun pencerobohan Lahad Datu didakwa dibuat atas arahan Jamalul Kiram, ia tidak bermakna anaknya terlibat sama.

[Baca berita asal]