Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Singapura sita akaun bank dalam siasatan 1MDB
Diterbitkan:  Feb 1, 2016 9:12 PM
Dikemaskini: 1:14 PM

Singapura berkata hari ini bahawa ia telah menyita sejumlah besar akaun bank yang berkaitan dengan kemungkinan kesalahan pengubahan wang haram berhubung siasatan terhadap salah urus kewangan yang didakwa dilakukan oleh firma pelaburan negara, 1MDB.

Dalam satu kenyataan, Singapura berkata Pihak Berkuasa Kewangan Singapura dan Jabatan Hal Ehwal Komersial, polis republik itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat berhubung siasatan 1MDB.

"Sehubungan dengan siasatan ini, kita sudah berusaha dan akan terus mendapatkan maklumat daripada beberapa institusi kewangan, sedang mewawancara pelbagai individu, dan merampas sejumlah besar akaun bank," kata kedua-dua agensi itu dalam kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu dibuat selepas ketua pendakwa raya Switzerland pada minggu lalu berkata, siasatan jenayah ke atas 1MDB mendedahkan bahawa kira-kira AS$4 bilion (RM16.6 bilion) didapati telah disalahgunakan.

1MDB, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia berikutan tuduhan salah urus kewangan dan rasuah. 1MDB menafikan dakwaan itu.

Minggu lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan jenayah atau rasuah dan mengarahkan siasatan ke atasnya ditutup.

Najib terpalit dengan kes itu apabila didedahkan bahawa dana AS681 juta didapati berada dalam akaun bank peribadinya. Beliau bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS