BERITA Malaysiakini

Saya tidak jawab kepada Apandi, kata bekas AG

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Tiada apa-apa lagi yang perlu dijelaskan, kata bekas Peguam Negara (AG) Abu Talib Othman hari ini dalam menolak "jemputan" untuk bertemu dengan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Saya tidak bertanggungjawab kepada dia. Saya bebas untuk menggunakan hak perlembagaan saya untuk mengulas mengenai kes yang melibatkan kepentingan awam yang besar, selama saya tidak melepasi had kebebasan bersuara," kata Abu Talib kepada Malaysiakini.

Apandi dalam satu wawancara dengan Sin Chew Daily dilaporkan berkata beliau "keliru" dengan kritikan Abu Talib ke atas keputusannya untuk membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap salah laku dalam kes berkaitan 1MDB.

Apandi juga berkata semua yang beliau lakukan adalah berdasarkan kepada apa yang dipelajari daripada Abu Talib sebagai pendahulunya.

Abu Talib bagaimanapun, menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya berhubung kredibiliti Apandi dalam membersihkan Najib berdasarkan siasatan oleh SPRM ke atas RM42 juta wang SRC International dan RM2.6 bilion derma yang didepositkan ke akaun peribadi perdana menteri itu.

"Dalam apa jua keadaan, komen saya adalah jelas dan dibuat dengan niat yang baik.

"Bagaimanapun, jika beliau mahu mengetahui lebih lanjut, maka beliau adalah dialu-alukan untuk berjumpa saya," kata Abu Talib.

Mengulas lanjut, Abu Talib berkata, orang ramai tidak mungkin mempersoalkan keputusannya jika Apandi telah memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membantu siasatan SPRM.

"Seperti yang ada hari ini, keputusannya kelihatan dipersoalkan dan menyebabkan persepsi negatif terhadap kesaksamaan dan komitmennya kepada keadilan, serta kedaulatan undang-undang," kata Abu Talib.

[Baca berita penuh]