Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zeti harap siasatan 1MDB selesai sebelum khidmatnya berakhir
Diterbitkan:  Feb 23, 2016 6:49 PM
Dikemaskini: 10:52 AM

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berharap siasatan ke atas 1MDB dapat diselesaikan sebelum beliau meninggalkan pejabatnya pada 30 April ini.

Dengan cara ini, katanya, pengganti beliau boleh memulakan tugas dengan rekod yang bersih.

"Itu yang saya nyatakan dan ke arah itu hala tuju usaha saya - untuk menyelesaikannya (siasatan 1MDB) semasadalam tempoh perkhidmatan saya, supaya gabenor selepas ini boleh memulakan tugasnya dengan rekod bersih," katanya.

Beliau mengulas soalan wartawan sama ada beliau berharap isu 1MDB akan dimuktamadkan sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir selepas majlis pecah tanah Asia School of Business, dengan kerjasama MIT Sloan School of Management di Kuala Lumpur hari ini.

Zeti pada sidang akhbar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai status siasatan BNM berhubung ketidakupayaan 1MDB membawa pulang ‘dana asing’.

1MDB dilaporkan enggan mematuhi arahan menghantar pulang dana itu kerana telah menggunakannya.

BNM telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion.

"Tiada apa yang diputuskan dan terlalu awal untuk ulas," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS