Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua bank dikaitkan 1MDB putuskan bersara
Diterbitkan:  Mar 9, 2016 11:52 AM
Dikemaskini: 4:02 AM

Ketua Bank Switzerland BSI SA bahagian Asia Hanspeter Brunner membuat keputusan bersara, menurut bank itu semalam.

The Wall Street Journal melaporkan Brunner yang merupakan ahli lembaga BSI berpengkalan di Singapura, tidak memberi maklum balas kepada permintaan mereka untuk mendapatkan komen.

BSI dikaitkan dengan syarikat bermasalah 1MDB yang merupakan antara pelanggan utama kepada bank itu.

Tahun lepas WSJ melaporkan pihak berkuasa Singapura mengkaji semula tentang lebih daripada US$500 juta dipindahkan dalam tempoh 2011 dan 2013 antara entiti dikaitkan dengan 1MDB dan akaun BSI.

Walaupun 1MDB mengakui ia mempunyai akaun BSI di Singapura, bank itu menolak untuk mengulas tentang perkara itu, lapor WSJ.

Ketika 1MDB pada masa ini disiasat di pelbagai negara termasuk Singapura dan Switzerland, BSI belum dituduh dengan sebarang salahlaku dalam siasatan ini.

Peguam negara Switzerland bulan lepas berkata siasatan mereka terhadap 1MDB dengan kuat membayangkan bahawa US$4 bilion mungkin telah dilesapkan daripada syarikat milik kerajaan Malaysia.

1MDB dengan konsisten menafikan salahlaku dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Lihat Komen
ADS