Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Usul pecat Muhyiddin, Mukhriz pada mesyuarat MT depan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mencadangkan kepada pemecatan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tengku Adnan berkata akan mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hujung bulan ini.

“Pada saya, saya mahu pecat mereka,” katanya ketika ditanya pendiriannya terhadap kumpulan yang lantang mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Tengku Adnan juga berkata pihaknya sudah memiliki laporan daripada jawatankuasa disiplin parti berkaitan Muhyiddin dan Mukhriz.

“Jawatankuasa disiplin sudah pulangkang kembali kepada Majlis Tertinggi untuk diputuskan,” katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan Tengku Adnan, bekas menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempunyai harapan untuk terlepas.

“Menurut laporan kami terima, dia (Shafie) tidak bersama dengan pembangkang,” katanya kepada pemberita di parlimen hari ini.

Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie dipinggirkan daripada Umno selepas lantang mengkritik Najib dalam isu 1MDB dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

Ketiga-tiga mereka, yang kini dikenali sebagai Team B Umno yang sering bergerak bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS