Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis akan panggil Jho Low jika perlu, kata Zahid
Diterbitkan:  May 18, 2016 10:27 AM
Dikemaskini: 2:53 AM

Polis akan memanggil jutawan Jho Low untuk membantu dalam penyiasatan terhadap 1MDB jika perlu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Polis, katanya, akan memanggilnya jika terdapat keperluan baginya untuk hadir bagi membantu siasatan polis.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen semalam, Zahid berkata pada masa ini, tidak ada pertemuan antara pihak polis dan Jho Low.

Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang bertanya sama ada Jho Low masih berada dalam negara atau telah telah meninggalkan negara.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, polis melalui Jabatan Pelaburan Jenayah Komersial menyiasat 1MDB di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, iaitu pecah amanah.

Polis juga, katanya, akan menyiasat laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB.

Semua orang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan jika diperlukan, tambah Zahid.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS