Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rayuan Utusan gagal, mahkamah perintah bayar Anwar RM200k

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan oleh syarikat akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang telah diperintahkan membayar RM200,000 kepada bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah.

Walau bagaimanapun, mahkamah memerintahkan faedah dikenakan dari tarikh penghakiman dan bukan dari tarikh pemfailan.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Prasad Sandosham berkata pihaknya tidak bersetuju dengan hujah peguam Utusan."

Beliau juga memerintahkan Utusan membayar kos RM5,000.

Hakim-hakim yang lain bersidang sama hari ini adalah Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Hakim Datuk Asmabi Mohamad.

Anwar memenangi samannya terhadap Utusan dan ketua editornya Datuk Abdul Aziz Ishak pada tahun 2013, berikutan penerbitan akhbar itu yang memetik wawancara dengan BBC pada tahun 2012, bahawa bekas ketua pembangkang itu menyokong lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hue Siew Kheng mengarahkan akhbar itu membayar ganti rugi RM200,000.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS