MP mahu polis siasat PM ekoran pendedahan pemilik Good Star

   

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Halmi ekoran pendedahan bahawa Jho Low merupakan pemilik syarikat berpengkalan di Seychelles- Good Star Limited.

Beliau menggesa satu siasatan polis dilakukan terhadap Najib selaku penandatangan tunggal kepada dana 1MDB dan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral kerana meluluskan pemindahan dana kepada Good Star.

Katanya, polis perlu menyiasat kedua-duanya kerana melakukan penipuan, pecah amanah dan bersubahat untuk menyembunyikan keuntungan haram, di bawah Seksyen 411 dan 414 Kanun Keseksaan.

Beliau membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Laporan itu dibuat selepas The Wall Street Journal melaporkan Bank Negara Malaysia mengesahkan Good Star, yang menerima AS$1.03 bilion daripada 1MDB, adalah milik Low.

Kerajaan sebelum ini berkata Good Star milik syarikat minyak PetroSaudi International, yang merupakan usaha sama dengan 1MDB.

Bagaimanapun, akhbar harian Amerika Syarikat itu melaporkan bank pusat itu memberitahu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa Good Star dimiliki oleh Low.

Menurut anggota PAC, Tony Pua, Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin tidak mendedahkan maklumat itu kepada jawatankuasa tersebut.

Good Star sejak itu telah dibubarkan, manakala usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi tidak lagi berfungsi.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda