Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Usul RUU Hadi akan menjurus kepada hudud - G25
Diterbitkan:  Jun 3, 2016 3:22 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Kumpulan Melayu ternama, G25 menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa usul Rang Undang-undang (RUU) ahli persendirian oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya tiada kaitan dengan pelaksanaan hukum hudud.

“Kami, anggota G25 tidak dapat menerima kenyataan perdana menteri dalam sidang akhbarnya pada 27 Mei bahawa RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016, yang turut digelar RUU Hadi, tiada langsung kaitan dengan hudud," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara kumpulan itu mengakui secara teknikalnya RUU itu tidak menyatakan apa-apa mengenai hudud, ia akan membolehkan mahkamah syariah mengenakan hukuman yang lebih pelbagai selepas ini, kecuali hukuman mati.

Hukuman tersebut mungkin termasuk 100 sebatan untuk kesalahan zina, atau potong tangan kerana mencuri yang mana kedua-dua jenis hukuman itu telah ditafsirkan sebagai hudud.

Pada 27 Mei yang lalu, Najib mendakwa RUU Hadi hanya untuk memperkasakan peranan mahkamah syariah dan tidak memfokus kepada pelaksanaan hudud.

G25 berpendapat bahawa RUU Hadi tidak boleh dipandang ringan, namun harus dilihat dalam konteks latar belakang negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS yang telahpun mempunyai enakmen hudud negeri.

Walaupun negeri itu tidak melaksanakan hukuman atas kesalahan hudud kerana mahkamah syariah masih tertakluk kepada had dalam hukuman seperti yang dinyatakan dalam Akta 355.

G25 juga menyatakan jika RUU Hadi diluluskan, bukan sahaja Kelantan akan melaksanakan hudud, malah negeri-negeri lain akan turut meluluskan enakmen hudud masing-masing.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS