Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Budiman: PAS, AMANAH 'kekasih gelap' berebut hati Azmin

Calon BN untuk pilihan raya kecil Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi menganggap PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai dua kekasih yang bergelut untuk merebut 'sekeping hati' yang sama.

Kata ADUN Sungai Panjang itu, keadaan berkenaan menyebabkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bingung dan "pening kepala".

Pada masa sama, Budiman menganggap PAS yang akan menentangnya dalam pilihan raya kecil 18 Jun ini sebagai "kekasih gelap" Azmin.

"Kenapa (PAS dianggap seperti) kekasih gelap?

"Pada masa yang sama dia (Azmin yang mewakili PKR) ada 'isteri' yang bernama PAS. Kemudian dia binkan dengan PKR. Pada masa yang sama dia ada kekasih gelap nama PAN (merujuk kepada AMANAH), bin dengan DAP.

"Kalau kita lantik (ADUN) daripada PAN, hari ini pun Azmin dah pening kepala," katanya

Budiman berucap kepada masyarakat setempat di suatu program lawatan di Homestay Batu 23, Sungai Nibong hari ini.

Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

Pilihan raya kecil Sungai Nibong akan diadakan pada 18 Jun ini ekoran kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dalam kemalangan helikopter di Sebuyau pada 5 Mei lalu.

Nak datang jauh

Penamaan calon untuk pilihan raya kecil itu diadakan esok.

Proses itu akan dijalankan serentak dengan kawasan parlimen Kuala Kangsar.

Terdahulu kira-kira 100 orang yang hadir mengadakan bacaan tahlil untuk Noriah.

Dalam pilihan raya kecil ini BN akan ditentang sekurang-kurangnya dua lawan iaitu PAS dan AMANAH yang sudah mengumumkan calon masing-masing.

Kata Budiman, hubungan Azmin dengan PAS dan AMANAH seperti dua kekasih gelap yang "berebut satu hati yang sama".

Mengenai calon PAS Dr Abdul Rani Osman, Budiman berkata terlalu sukar untuk ADUN Meru itu mengelola Sungai Besar jika berlaku sebarang kecemasan.

"Jika ada adinda yang dekat (merujuk kepada dirinya sebagai ADUN Sungai Besar) mengapa perlu pilih orang jauh (Rani)?" katanya.

Budiman turut menyentuh calon AMANAH Azhar Abdul Shukur yang disebut-sebut sebagai anak tempatan.

"Tetapi dia mengundi pun di Temerloh," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS