Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
IPIC sangkal 1MDB, kata tidak jamin 'dana unit' di Kepulauan Cayman
Diterbitkan:  Jul 1, 2016 2:55 PM
Dikemaskini: 7:00 AM

International Petroleum Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi menafikan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS menjadi penjamin 'unit dana' 1MDB dalam dana berdaftar Kepulauan Cayman, menurut laporan oleh Wall Street Journal (WSJ).

Ini berlaku setelah juruaudit 1MDB memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa ia telah meneliti pelaburan Cayman dan berpuas hati dengan jaminan yang didakwa oleh Aabar dari Abu Dhabi itu.

"Unit dana" yang dilaburkan oleh anak syarikat 1MDB berpangkalan di Singapura, Brazen Sky Limited sebelum ini telah menimbulkan kontroversi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang juga menteri kewangan memberitahu Parlimen bahawa ia disimpan dalam bentuk wang tunai dolar Amerika.

Ia kemudian mendedahkan tidak ada tunai yang terbabit tetapi 'unit dana', dengan 1MDB dan Ketua Eksekutif Kumpulan itu, Arul Kanda bertanggungjawab atas 'kesilapan' itu.

Dalam perkembangan terkini, IPIC dalam laporan kewangan 2015 berkata: "1MDB telah membayangkan kewujudan jaminan kira-kira AS$940 juta yang disediakan oleh Aabar berkenaan dengan unit dana dalam dana bardaftar Kepulauan Cayman yang dimiliki oleh anak syarikat 1MDB, Brazen Sky dan jaminan lanjut daripada Aabar BVI berkenaan dana pelaburan yang dikendalikan oleh pelbagai pihak ketiga dan pengurus dana berjumlah kira-kira AS$1.5 bilion.

"Kedua-dua IPIC dan Aabar mengesahkan tidak ada sebarang rekod mengenai apa jua jaminan yang disediakan oleh Aabar dan oleh itu, tiada pendedahan bagi jaminan kewangan perlu dibuat dalam penyata kewangan disatukan dan seterusnya mengesahkan bahawa kedua IPIC atau Aabar menerima apa-apa bayaran, aset atau unit dana dari Brazen Sky," tambahnya.

Laporan kewangan telah difailkan kepada Bursa Saham London, semalam.

WSJ berkata, jaminan itu adalah penting kerana ia menjadi asas bagi penilaian oleh juruaudit yang didakwa IPIC sebagai tidak wujud.

Malaysiakini melalui menghantar e-mel kepada 1MDB untuk memberi maklum balas terhadap artikel terbaru WSJ itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS