Rashid: Mengapa saya sertai PKM

James Wong Wing On

Diterbitkan
Dikemaskini 29 Jan 2008, 10:21 pagi

Terjemahan Rashid Maidin mungkin sudah berusia 87 tahun, tetapi yang pastinya, dia seorang yang sentiasa kelihatan riang dan suka berjenaka.

Dia tidak menetap di Ban Chulabhorn 12 sebuah kampung di Selatan Thai yan menjadi tempat tinggal majoriti ahli komunis berbangsa Melayu. Tetapi apabila diberitahu yang saya sedang berada di kampung tersebut, dia bertolak ke sana untuk menemui Abdullah CD, Suriani Abdullah @ Eng Ming Ching dan Abu Samah "untuk mengetahui keadaan di Perak sekarang".

Tidak seperti Suriani dan Abu Samah, Pak Rashid dikenali sebagai seorang pemimpin tinggi komunis sejak Rundingan Damai Baling pada 1955. Gambar Rashid bersama Chin Peng, Chen Tien, Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, David Marshall dan John Davis terpampang di akhbar di seluruh dunia.

Rashid juga menghadiri Persidangan Empayar Komunis (British) 1947 yang diadakan di London dan Rashid juga adalah salah seorang daripada tiga pemimpin tertinggi PKM yang menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada 1989.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.