Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tambahan RM30 bilion projek kereta api bagi bayar hutang 1MDB'
Diterbitkan:  Jul 26, 2016 5:06 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Laman web Sarawak Report mendakwa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersubahat dengan kontraktor utama China Communications Construction Company (CCCC) untuk menaikkan kos Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRP) daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion bagi membayar hutang 1MDB hutang.

"Pelan licik perdana menteri adalah untuk mendapatkan persetujuan kerajaan untuk meningkatkan kos sebenar projek landasan keretapi pantai timur itu daripada hanya RM30 bilion kepada RM60 bilion, semua ini akan dipinjam daripada kerajaan China sebagai samaran bagi pembayaran hutang syarikat 1MDB," kata laman web itu dalam satu kenyataan melalui e-mel.

Memetik pendedah maklumat yang didakwa memberi salinan dokumen CCCC yang memperinci pelan itu, Sarawak Report mendakwa kerajaan dijangka meluluskan penganugerahan kontrak berkenaan kepada firma itu, tetapi dengan "perbezaan" sebanyak RM30 bilion daripada anggaran awal kira-kira jumlah yang sama.

Tambahan RM 30 bilion didakwa akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB, selepas projek yang dicadangkan itu diluluskan pada kos RM60 bilion oleh mesyuarat kabinet esok.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan mahupun kesahihan dokumen yang disiarkan oleh laman web itu.

Menurut Sarawak Report, CCCC yang disokong oleh kerajaan Cina, kononnya akan membantu membayar hutang 1MDB melalui beberapa transaksi yang dirancang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS