BERITA Malaysiakini

Fasa SRC: Perkara belum selesai dalam skandal 1MDB

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Pengumuman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bulan lalu bahawa ia telah merampas kira-kira AS$ 1 bilion aset yang diperolehi melalui dana yang didakwa dicuri daripada 1MDB menandakan satu peristiwa penting dalam mendedahkan skandal global itu.

Ini kerana buat pertama kali jejak yang lengkap dan terperinci mengenai wang yang disalahgunakan telah diletakkan dalam rekod awam.

Dalam kenyataan 136 mukasurat, DOJ menggariskan bagaimana AS$ 3,657 bilion (RM14.7 bilion) telah dicuri dari 1MDB dalam tiga fasa, yang disebut sebagai fasa Good Star, fasa Aabar-BVI dan fasa Tanore.

Bagaimanapun, penyiasat Switzerland seawal Januari tahun ini telah merujuk kepada empat fasa dan meletakkan jumlah keseluruhan yang disalahgunakan kira-kira AS$ 4 bilion (RM16 bilion).

Dalam satu kenyataan meminta bantuan bersama Malaysia pada 29 Januari, Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland menyifatkan tiga daripada empat komponen itu seperti 'PetroSaudi', 'Genting / Tanjong' dan 'ADMIC'.

Ini pada dasarnya sama dengan fasa disebut oleh DOJ.

OAG menamakan jejak wang itu berdasarkan syarikat yang terlibat dalam urus niaga perniagaan dengan 1MDB tetapi telah digunakan bagi pengubahan wang haram sedangkan DOJ menggunakan nama entiti luar pesisir di mana wang itu kemudian dialihkan.

Fasa keempat, yang tiada dalam makluman DOJ, telah disebut oleh OAG sebagai 'SRC'.

Ini adalah merujuk kepada SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB yang kemudiannya diletakkan di bawah kementerian kewangan pada tahun 2012.

OAG Swiss dalam emel kepada Malaysiakini mengesahkan bahawa dana SRC adalah sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

"Pelaburan SRC juga disiasat dalam rangka prosiding jenayah yang dibuka pada bulan Ogos 2015," katanya.

Fasa SRC, seperti tiga fasa lain yang dinyatakan dalam makluman DOJ itu, dimulakan dengan pengumpulan dana besar-besaran.

[Baca berita penuh]