BERITA Malaysiakini

Orang kanan Shafie kini ADUN Bebas Sabah

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong hari ini secara rasmi menjadi ADUN Bebas mesra pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Jaujan keluar Umno pada Jun lalu kerana membantah tindakan penggantungan parti terhadap bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau dilihat sebagai penyokong tegar Shafie.

Mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini, Jaujan turut berkongsi gambar-gambar dirinya dengan ahli parlimen pembangkang di Kota Kinabalu pagi ini.

ADUN DAP Sri Tanjong, Chan Foong Hin mengalu-alukan sekutu baru itu.

"Kami alu-alukan ADUN Subalayan, Jaujan Sembakong sebagai ahli baru dalam kem ADUN bukan kerajaan," tulis Chan di Facebook.

Shafie meninggalkan Umno selepas beliau digantung daripada parti itu berikutan kritikannya terhadap Najib dan 1MDB.

Shafie bagaiamanapun menolak tawaran untuk menyertai parti baru oleh timbalan presiden Umno yang dipecat, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Ahli Parlimen Semporna, beliau lebih suka memberi tumpuan kepada penubuhan parti yang mewakili rakyat Sabah.

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata rancangan Shafie termasuk memulihkan parti Sabah yang tidak aktif, Usno, adalah sebahagian daripada rancangan membentuk blok menentang BN pada pilihan raya umum ke-14.

Blok, itu akan kerjasama dengan parti Muhyiddin, Pakatan Harapan dan PAS, bertujuan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum akan datang, kata Kadir.

[Baca berita penuh]