Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mufti: Ayat Veteran Umno macam 'tipu tesis'
Diterbitkan:  Aug 29, 2016 1:14 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin membidas kembali Veteran Umno Malaysia kerana mendakwanya antikerajaan dan memimpin gerakan Wahabi di Malaysia.

Menyifatkannya sebagai fitnah, Asri mempersoalkan sumber maklumat yang diambil bagi mengukuhkan dakwaan dilontarkan.

“Veteran Umno menuduh Dr MAZA anti kerajaan dan sebar Wahabi. Beliau memfitnah kononnya Dr MAZA (Asri) menyokong demonstrasi pro-DAP di Sogo.

“Entah dari mana maklumat yang beliau ambil? Mungkin mahkamah boleh menentukan nanti. Ayatnya itu seperti seseorang yang pernah menipu dalam tesis,” tulisnya di Facebook.

Setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub semalam berkata beliau kesal dengan sikap Asri yang didakwa terus mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Mustapha dipercayai merujuk kenyataan Mohd Asri yang didakwa menyokong perhimpunan #TangkapMO1 anjuran sekumpulan mahasiswa di ibu kota pada Sabtu.

Asri di Facebooknya menulis: "Kibarkan jalur gemilang kita, bangkitlah membela amanah bernegara, tahniah mahasiswa!"

Veteran Umno juga mendakwa Asri terlibat dalam gerakan 'mewahabikan' Malaysia, dan mahu pelantikannya sebagai mufti dikaji semula.

Sementara itu, reaksi balas Asri menyebut, semakan mendapati Mustapha mempunyai hubungan dengan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) pimpinan pendakwah kontroversi Dr Zamihan Mat Zin.

“Apabila disemak, rupanya beliau ada hubungan dengan ASWAJA,” tambahnya.

“Marilah kita semua menjadi Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sejati bukan yang mendakwa Ahlus Sunnah tapi buruk akhlaknya.”

Lihat Komen
ADS