Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwaan RM1b dalam akaun PM: Mana bukti, soal TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menuntut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan bukti atas dakwaannya mengenai Datuk Seri Najib Razak mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadi.

"Minta beliau kemukakan bukti jika ada," ujar beliau pada sidang akhbar di Putrajaya, sebentar tadi.

"Beliau tuduh perdana menteri kita, mesti tunjukkan bukti. Jangan membuat tuduhan berdasarkan khabar angin," jelas Ahmad Zahid lagi.

Semalam, Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion berada dalam akaun bank peribadi Najib sebelum kemasukan RM2.6 bilion yang dilaporkan secara meluas.

Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.

Muhyiddin berkata beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima sebelum 'derma Arab' itu apabila peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.

"Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Datuk Seri Najib.

"Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Datuk Najib sebelum itu.

"Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan.

Rakaman video ceramah itu dimuat naik di TV Gerakan Harapan Baru dan KiniTV.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS