Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pejabat PM: Anugerah ditunda, tapi Rosmah tolak
Diterbitkan:  Sep 20, 2016 6:46 PM
Dikemaskini: 11:19 AM

Rosmah Mansor dan Program Permata Negara (PERMATA) menolak menerima anugerah ‘Lead by Example’ yang ditunda ke tahun depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan petang ini berkata Rosmah memutuskan untuk mengelak perhatian daripada kerja-kerja membantu kanak-kanak di Malaysia.

Pada 18 September, menurut kenyataan itu, wakil tetap Malaysia ke Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima e-mel daripada Prof Tudor Parfit, yang mempengerusikan lembaga penasihat akademik di jawatankuasa penganjur acara itu.

“Praffit menyebut (dalam e-mail) bahawa anugerah itu akan ditangguh ke 2017 kerana apa yang digelarnya sebagai 'gangguan' daripada Wall Street Journal dan New York Times berkaitan penajaan PERMATA,” menurut PMO.

Rosmah pada mulanya dikatakan akan menerima anugerah itu di New York pada Khamis ini, tetapi dikeluarkan daripada senarai pada saat-saat akhir.

Malaysiakini semalam melaporkan Parfitt sebagai berkata badan itu berdepann soalan media berhubung sumber dana PERMATA.

Katanya, sebagai ahli akademik, badan itu tidak dapat mengesahkan dananya dengan segera dan tidak tahu menahu berhubung dakwaan salah laku secara khusus.

"Bagaimanapun, kita tidak mahu acara penting ini didominasi oleh apa-apa selain daripada isu bagaimana untuk menggerakkan dan menyatukan rakyat dalam memerangi keganasan," katanya.

"Justeru, jawatankuasa ini memutuskan ia memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji semula komen yang diterima, dan telah mengeluarkan PERMATA daripada senarai penerima anugerah Khamis ini," katanya.

Rosmah, PERMATA tak mohon

Sementara itu, PMO juga berkata kedua-dua pihak PERMATA dan Rosmah tidak memohon untuk anugerah itu.

Pejabat itu berkata, pada 8 September lalu, Irina Bokova atas kapasitinya sebagai ketua pengarah Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco), menghantar surat kepada perdana menteri, Rosmah dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Surat itu menyebut, kata PMO, bahawa Rosmah diberi anugerah sanjungan khas dalam acara yang dianjurkan bersama oleh Unesco pada 22 September ini.

“Ini sebagai penghargaan terhadap usaha kerajaan Malaysia untuk melawan keganasan melalui sistem pendidikan, dan terutamanya pendekatan PERMATA yang diasaskan pada 2007 oleh Rosmah,” katanya,


PMO juga berkata PERMATA ditaja sepenuhnya bawah peruntukan kerajaan dan telus, serta laporan tahunannya diluluskan oleh parlimen.

“Segala perbelanjaan mengikut prosedur kewangan kerajaan.

“Ini bukan sahaja rekod awam, tetapi boleh dijelaskan dengan segera sama ada kami atau PERMATA ditanya sebelum penangguhan anugerah itu,” tambahnya.

PMO juga menyelar pihak yang cuba mempolitikkan kerja-kerja PERMATA yang disifatkan sebagai badan contoh untuk meningkatkan kualiti kanak-kanak.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS