Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dana 1MDB: AG Swiss pertimbang prosiding jenayah ke atas Falcon
Diterbitkan:  Oct 11, 2016 6:54 PM
Dikemaskini: 1:02 PM

Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland mungkin memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank yang berpangkalan di Zurich susulan sekatan oleh Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma).

"Soal memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank Ltd sedang dipertimbangkan, "kata OAG dalam kenyataan.

"Dalam konteks ini, OAG telah meminta Finma untuk menyediakan satu salinan keputusan untuk menguatkuasakan sekatan dan akan membuat keputusan sama ada untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank selepas menganalisisnya.”

Finma hari ini mengarahkan Falcon, milik Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Zurich, untuk menyerahkan lebih 2.5 juta franc Swiss (RM10.55 juta) dalam apa yang badan pemantau itu mendakwa sebagai keuntungan haram berkaitan dengan dana berdaulat Malaysia, 1MDB.

Ia juga berkata telah memulakan prosiding penguatkuasaan terhadap dua bekas eksekutif Falcon, tetapi tidak menyatakan nama mereka.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) pula mengarahkan Falcon untuk menghentikan operasinya kerana "kurang persefahaman berterusan" berhubung kawalan pengubahan wang haram di republik itu.

MAS juga mendenda pemberi pinjaman tempatan DBS Bank dan UBS AG berhubung kesilapan dalam tindakan besar-besaran ke atas entiti yang berurusan dengan 1MDB.

- Reuters

Lihat Komen
ADS