Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Wang pelaburan syarikat Kementerian Kewangan SRC International tidak dapat dikeluarkan dari Bank BSI selepas bank Switzerland itu berdepan siasatan berkaitan 1MDB, kata Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani.

“Kebanyakan wangnya yang dilabur, mereka letak di Bank BSI.

“Oleh kerana Bank BSI sedang disiasat, saya diberitahu oleh pengurusan SRC bahawa wang itu berada di BSI Bank tetapi dibeku dan oleh itu mereka tidak dapat ambil balik.

“Tetapi saya tidak dapat beri kamu perincian lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama dalam Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia ke-21 di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas soalan berkaitan rancangan SRC untuk membayar faedah tahunan kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

SRC meminjam RM4 bilion daripada tabung itu.

Johari berkata mereka mempunyai rancangan untuk membayar faedah itu tetapi enggan mendedahkan maklumat lanjut.

SRC RM164 juta membayar faedah tahunan kepada KWAP tetapi jumlah itu dianggarkan akan meningkat kepada RM660 juga tahun depan, untuk melangsaikan pinjaman pokok.

BSI setakat ini berdepan prosiding jenayah, antaranya susulan kegagalan mematuhi peraturan antipengubahan wang haram dalam menguruskan transaksi berkaitan 1MDB.

Ia disiasat oleh pihak berkuasa Singapura dan Switzerland.

Mei lalu, Singapura juga mengarahkan BSI di kota itu ditutup.

Pihak berkuasa Switzerland, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) juga mengarahkan tindakan sama, dengan meluluskan pengambilalihan penuh BSI oleh EFG International.

Ini dilakukan dengan syarat BSI dibubarkan dalam tempoh 12 bulan melalui penyerapan dalam EFG International.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS