Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Jangan masuk apabila saya pengerusi mesyuarat Parlimen’
Diterbitkan:  Nov 2, 2016 4:22 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencabar ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng supaya jangan menghadiri prosiding Parlimen sewaktu beliau mempengerusikan mesyuarat.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Segambut itu perlu berbuat demikian jika enggan mengiktiraf kedudukan speaker yang dilantik di bawah Perkara 57 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya amat kesal terhadap sikap YB Segambut yang tidak menghormati kedudukan seorang Speaker yang dipilih di bawah Artikle 57 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau YB Segambut berpendirian sedemikian iaitu tidak mengiktiraf kedudukan Speaker yang dipilih di bawah Artikle 57 (1) (a), saya cabar YB Segambut untuk tidak masuk dalam Majlis Mesyuarat sewaktu saya mempengerusi mesyuarat.

“Saya juga tidak akan menghormati seorang ahli YB yang tidak menghormati Perlembagaan,”
"katanya dalam satu kenyataan media petang ini.

Pandikar juga mencabar Lim mengkritik pembangkang yang mencalonkan seorang bekas hakim dan bukan individu yang menang dalam pilihan raya untuk jawatan speaker pada hari pertama prosiding Parlimen selepas pilihan raya umum 2013.

Minggu lalu, speaker mengarahkan Lim supaya keluar dari kamar khas Parlimen.

Kejadian berlaku apabila Lim hampir menamatkan ucapannya mengenai Belanjawan untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa tertinggi antara semua negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Lim berkata beliau memberitahu Pandikar: “Kami telah dipilih oleh rakyat tetapi dia dilantik oleh MO1."

'MO1' adalah merujuk kepada individu yang digelar sebagai 'Malaysian Official 1'dalam saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang mahu merampas aset berkaitan 1MDB berkaitan, kerana mendakwa AS$730 juta dari 1MDB disalurkan kepada MO1.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS