Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak usaha bekas menteri cabar keputusan AG

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi mencabar keputusan Jabatan Peguam Negara yang tidak mendakwa Datuk Seri Najib Razak.

Memutuskan mahkamah tidak dapat campur tangan, Hakim Datuk Hanipah Farikullah berkata plaintif harus mencari jalan lain.

“Justeru itu, permohonan ini ditolak,” katanya.

Mahkamah menerima hujah peguam kanan persekutuan yang diketuai oleh Datuk Amarjeet Singh bahawa peguam negara mempunyai budi bicara mutlak bawah Perkara 145(3).

Zaid menunjukkan tanda-tanda tidak akan merayu terhadap keputusan itu.

Zaid, bekas menteri undang-undang, pada Februari lalu memohon semakan kehakiman terhadap keputusan AG Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang tidak meneruskan prosiding ke atas perdana menteri.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS