Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia tolak, Switzerland akan dapatkan bantuan pihak lain

Tindakan pihak berkuasa Malaysia untuk tidak bekerjasama dalam siasatannya terhadap 1MDB tidak akan menjejaskan siasatan jenayah terhadap syarikat itu, kata Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland.

Pejabat itu berkata mereka akan mendapatkan kerjasama daripada pihak lain.

“Keputusan negatif Malaysia tidak mempunyai kesan langsung untuk prosiding jenayah yang sedang berlangsung di Switzerland.

“OAG akan meneruskan siasatannya dengan bekerjasama dengan negara-negara lain yang terlibat dalam kes ini,” kata OAG kepada Malaysiakini.

OAG juga mengesahkan bahawa Malaysia badan sama di Malaysia enggan mempertimbangkan dua permohonan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) berkaitan kes 1MDB.

“Switzerland menghormati keputusan bebas Malaysia berkaitan perkara ini.

“Pihak berkuasa Malaysia tetap bebas menggunakan maklumat dibekalkan dalam permohonan Switzerland sebagai bantuan terhadap siasatan mereka sendiri,” kata OAG lagi.

Bulan lepas, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali mengesahkan pejabatnya menerima permohonan OAG dan berikrar akan bekerjasama.

Ini kali kedua OAG menghantar permohonan MLA kepada Malaysia, selepas Pejabat Peguam Negara Malaysia mendakwa tidak menerima permohonan itu.

Siasatan terhadap 1MDB, syarikat cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, turut berdepan siasatan di pelbagai pelosok dunia, termasuk Amerika Syarikat dan Singapura.

Apandi telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB.
 

M'sia tolak permohonan AG Swiss dapatkan MLA siasat 1MDB

Lihat Komen
ADS