Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jamal: Memang patut polis tangkap pengerusi BERSIH
Diterbitkan:  Nov 18, 2016 11:00 PM
Dikemaskini: 3:03 PM

Penangkapan Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan pegawai sekretariat gabungan itu Mandeep Singh adalah perkara yang sepatutnya dilakukan polis dalam memelihara keamanan, kata pemimpin Baju Merah.

Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata sememangnya BERSIH mempunyai “agenda jahat” menghasut rakyat turun ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dipilih secara demokrasi menerusi sistem pilihan raya.

“BERSIH sebenarnya tiada hak untuk bersuara dengan mencanang mereka mewakili rakyat kerana pertubuhan ini haram dan tidak berdaftar secara sah.

“Saya juga berasa amat hairan dengan sikap sesetengah orang Melayu yang boleh terhasut dengan agenda kotor BERSIH,” katanya.

Maria dan Mandeep ditangkap ketika polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya petang tadi.

Sebelum itu, Mandeep berkata serbuan itu dijalankan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ketika laporan ini ditulis, polis hari ini menangkap sekurang-kurangnya 11 individu, merangkumi aktivis, ahli politik dan pemimpin pelajar.

Dalam kenyataan malam ini, Jamal juga berkata kumpulannya akan memastikan BERSIH gagal meneruskan demonstrasi esok.

“Sama-sama kita mendoakan agar Kuala Lumpur berada dalam keadaan aman esok,” katanya.

Lihat Komen
ADS