story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Myanmar Times: PAT Malaysia di Yangon baiki hubungan
Diterbitkan:  Dec 6, 2016 6:26 AM
Dikemaskini: 6:52 AM

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dilaporkan berada di Myanmar untuk membaiki hubungan Yangon-Kuala Lumpur berikutan perbalahan diplomatik kedua-dua negara.

Menurut Myanmar Times, Zulkifeli bertemu dengan Presiden Myanmar U Htin Kyaw dan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.

Mesyuarat tersebut telah disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat ketua turus angkatan tentera Myanmar.

"Jeneral Kanan Min Aung Hlaing memberitahu rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa tiada pelanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat etnik Rohingya yang beragama Islam itu.

"Menurut kenyataan itu juga pihak berkuasa Myanmar tidak boleh berbohong mengenai perkara tersebut memandangkan tumpuan tempatan dan antarabangsa di negeri berkenaan," petik laporan itu.

Laporan itu memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat presiden Myanmar yang menyalahkan ketegangan diplomatik kerana "berita palsu".

Ia berkata mesyuarat Zulkifeli dengan Presiden Myanmar U Htin Kyaw menyentuh mengenai operasi ketenteraan yang berterusan di negeri Rakhine.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyertai ribuan rakyat sebagai himpunan solidariti bersama Rohingya di Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Najib mengutuk layanan kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya dan ini mencetuskan kemarahan Yangon dan rakyatnya, sehingga mencetuskan satu siriprotes anti-Najib dan anti-Malaysia di sana.

Akhbar Myanmar juga menuduh Najib cuba mengambil kesempatan daripada sentimen Islam di Malaysia untuk meraih undi dan mengalihkan perhatian daripada dakwaan skandal dan rasuahnya.

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini