Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin pilihan Melayu: Populariti Dr M atasi Anwar, Hadi
Diterbitkan:  Dec 16, 2016 10:51 PM
Dikemaskini: 3:12 PM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pilihan utama orang Melayu sebagai tokoh pembangkang yang mampu memimpin negara ini, berdasar tinjaun.

Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati seramai 29 peratus memilih Mahathir, diikuti pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang masing-masing mendapat mata 25 peratus.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 13 peratus.

Bagaimanapun, jumlah yang memilih pemimpin popular DAP Lim Kit Siang di kalangan orang Melayu jauh terlalu sedikit, iaitu hanya 1 peratus.

Bagaimanapun trend ini berbeza sama sekali di kalangan kaum Cina dan India.

Bagi kaum Cina, Lim masih pilihan utama sebanyak 42 peratus, diikuti Anwar (31 peratus), Mahthir (14 peratus) dan Muhyiddin (9 peratus). Hanya tiga peratus orang Cina memilih Hadi.

Masyarakat India pula menjadikan Anwar sebagai pilihan utama (40) peratus), diikuti Mahathir (33 peratus) dan Muhyiddin (19 peratus).

Bagi kaum India pula, Hadi dan Lim sama-sama tidak popular. Hadi mendapat dua peratus manakala Lim mendapat 6 peratus.

Tinjauan itu dijalankan bermula 26 Ogos hingga awal September tahun ini melibatkan 1,761 responden.

Ia dilakukan secara bersemuka di 56 DUN di Selangor.

Daripada aspek keseluruhan pula Anwar masih mendepani populariti sebagai tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin negara ini.

Beliau mendapat 30 peratus sokongan, Mahathir (24 peratus), Muhyiddin (17 peratus), Lim (15 peratus) dan Hadi (14 peratus).

IDE ditubukan sebagai wahana membantu kerajaan Selangor merangka dasar dan hala tuju membangunkan dari sudut ekonomi, sosio politik, pembangunan, tata kelola kerajaan dan kemajmukan masyarakat.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin merupakan penasihat badan itu.

Lihat Komen
ADS