Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Superman' lepas geram pada McD isu kek halal
Diterbitkan:  Dec 30, 2016 4:15 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Bekas pemimpin kontroversi DAP Hew Kuan Yau menyeru orang ramai memboikot McDonald's.

Gesaan itu dibuat susulan tidak puas hati dengan dasar yang hanya membenarkan kek diperakui halal dibawa masuk ke restoran rangkaian makanan segera itu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai 'Superman' mengaitkan langkah itu dengan “hagemoni Islam”.

“Kita mesti boikot sampai (polisi ini) terbatal dan mereka memohon maaf. Kalau setuju sila share,” tulisnya di Facebook pagi ini.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi McDonald's berkaitan ancaman itu.

McDonald's semalam menjelaskan mereka mensyaratkan kek hari jadi yang dibawa masuk ke restoran mesti diperakui halal bagi mengekalkan integriti sijil halal mereka.

Syarikat itu menjelaskan mereka melaksanakan dasar tiada makanan luar bagi memastikan semua produk yang disediakan dan dinikmati di restoran mereka halal.

Mereka bagaimanapun memberikan pengecualian kepada kek hari jadi yang dibawa pelanggan, dengan syarat ia mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin bukan Islam setuju dengan pandangan Hew.

Setiausaha Agong Pemuda PKR Chang Lih Kang pula melihat dasar itu masuk akal dan langkah itu bagi menghormati pelanggan Islam.

“Ini semacam tak bawa babi panggang ke dalam restoran vegetarian,” katanya.

Lihat Komen
ADS