Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
KSU dan dua anak lelaki direman 7 hari
Diterbitkan:  Jan 5, 2017 10:27 AM
Dikemaskini: 6:50 AM

Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap ketua setiausaha sebuah kementerian berusia 59 tahun dan dua anak lelakinya selama tujuh hari.

KSU tersebut tiba kira-kira jam 9.38 pagi bersama dua anaknya itu yang berusia 34 dan 29 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu pemberita bahawa mereka telah memohon untuk tempoh maksimum 14 hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanapun, Majistret Nik Tsfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluar perintah ketiga-tiganya ditahan reman sehingga 11 Januari.

Pegawai itu dikatakan dijadualkan bersara dalam beberapa bulan lagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dua anak lelaki KSU itu merupakan pengarah urusan dua syarikat berbeza.

Ahmad Akram Gharib berkata siasatan kes terhadap ketiga-tiga individu itu dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan menyatakan penjawat awam menerima benda yang berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena-mengena dalam apa-apa prosiding atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu.

Semalam, SPRM merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta susulan penahanan KSU itu, selain merampas beberapa barangan mewah termasuk jam, beg tangan, pen dan sejumlah mata wang asing.
 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS