Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kapal pencari terakhir MH370 akhirnya beredar
Diterbitkan:  Jan 17, 2017 2:33 PM
Dikemaskini: 7:18 AM

Kerajaan Malaysia, China dan Australia bersetuju menggantung pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 sehingga petunjuk baru ditemui.

Ini berikutan keputusan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) yang berkata pelbagai usaha menggunakan teknologi dan kemudahan sains telah dibuat, tetapi masih belum menemui pesawat itu.

“Oleh itu, pencarian pesawat MH370 di dalam air ditangguhkan,” kata JACC.

“Hari ini, kapal pencarian terakhir telah beredar dari kawasan carian dan MH370 masih belum ditemui di kawasan perairan 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.”

JACC berkata keputusan menangguhkan pencarian itu tidak dibuat dengan mudah atau tanpa rasa sedih.

Ia sebaliknya, kata pusat itu, selaras dengan keputusan bersama tiga negara pada Julai 2017 dalam mesyuarat tiga pihak di Putrajaya.

Pesawat yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang itu hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 8 Mac 2014.

 

Lihat Komen
ADS