Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KPDNKK sahkan gula naik 11sen
Diterbitkan:  Mar 2, 2017 5:43 PM
Dikemaskini: 9:46 AM

Kerajaan hari ini mengesahkan harga gula meningkat berkuat kuasa sejak semalam.

Kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberitahu, harga baru gula pasir putih bertapis kasar kini ialah RM2.95 sekilogram.

Penetapan itu, kata kementerian terbabit, dibuat mengikut Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (Nombor 2) 2017.

"Kementerian dengan ini menetapkan harga baru bagi gula pasir putih bertapis kasar pada harga RM2.95 sekilogram," kata kenyataan media itu.

Kenaikan harga itu adalah yang pertama sejak kali terakhir dibuat pada 25 Oktober 2013.

Ketika itu harga gula meningkat sebanyak 34 sen menjadi RM2.84 sekilogram.

Bagaimanapun pengguna tetap membayar gula itu pada harga RM2.85 sekilogram kerana jumlah sebenar dibundarkan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan seterusnya memberitahu kenaikan terbaru disebabkan peningkatan ketara pada harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

"Bagaimanapun kerajaan masih mengawal harga tersebut pada paras paling minimum jika dibandingkan dengan negara-negara lain," kata kenyataan itu.

Lihat Komen
ADS