Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP dakwa Putrajaya selamatkan hutang RM3.2b 1MDB
Diterbitkan:  Mar 15, 2017 3:20 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendakwa Putrajaya telah menyelamatkan 1MDB dengan mengambil alih hutang bernilai RM3.2 bilion daripada firma dana pelaburan negara itu.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak enggan memberi jawapan secara langsung dalam jawapan bertulis Parlimen mengenai status pinjaman RM800 juta Tun Razak Exchange (TRX) yang diambil daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan RM2.4 bilion dalam sukuk bon oleh Bandar Malaysia.

"Saya bertanya, adakah Kementerian Kewangan mengambil alih pinjaman yang berkaitan dengan aset-aset ini, termasuk RM800 juta daripada Perkeso dan RM2.4 bilion dalam bon sukuk.

"Soalan ini hanya diperlukan jawapan mudah 'ya atau tidak' dengan jumlah pinjaman yang diandaikan oleh Kementerian Kewangan, jika ada.

"Apa yang saya terima adalah cerita panjang lebar yang tidak berkaitan, cubaan jelas untuk mengelak daripada menjawab," katanya.

Menurut jawapan bertulis itu, aset 1MDB, iaitu TRX, Bandar Malaysia, tanah di Air Itam dan Pulau Indah, hendaklah diserahkan kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti syor laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB .

Pua berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan itu, tetapi apabila hutang RM3.6 bilion ditimbulkan, jawapan bertulis juga bersandarkan kepada laporan PAC dengan merujuk kepada halaman 81 laporannya.

"Kenyataan di halaman 81 sebenarnya cadangan yang dikemukakan oleh 1MDB kepada PAC dan bukan cadangan oleh PAC," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS