Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis, JAWI buru Raja Bomoh sejak Isnin lalu
Diterbitkan:  Mar 19, 2017 12:39 PM
Dikemaskini: 4:50 AM

Polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memburu individu menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia, Datuk Ibrahim Mat Zin sejak Isnin lalu kerana didakwa merosakkan imej agama Islam.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Aysraf Wajdi Dusuki berkata, pihak berkuasa kini giat mengesan Ibrahim selepas video lelaki itu melakukan ritual untuk 'memagar' Malaysia menjadi tular di media sosial.

"JAWI dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) sedang berusaha menjejaki Bomoh (Ibrahim) sejak Isnin lagi untuk menangkap dan mendakwa beliau yang merosakkan imej Islam," kata menerusi satu kenyataan di Twitter, semalam.

Jumaat lalu, Asyraf Wajdi menyifatkan tindakan Ibrahim sebagai mahu meraih populariti dan meminta orang ramai tidak menyebarkan upacara perbomohan tersebut.

"Memang inilah matlamat individu tersebut, iaitu diviralkan (ditularkan) supaya menjadi seorang yang lebih popular. Banyak lagi agenda negara yang lebih besar boleh dikongsikan.

"Jika menyebarkan aktiviti ini, dia yang akan mendapat publisiti sedangkan kita boleh berfikir sama ada upacara berkenaan logik atau sebaliknya," katanya.

Dalam rakaman video yang tular minggu lalu, Ibrahim bersama beberapa pengikutnya dilihat mengadakan ritual di tepi sebuah pantai, dengan alasan 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing, terutama Korea Utara.

Antara peralatan digunakan termasuk buluh kecil yang dijadikan teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh.

 

 

Lihat Komen
ADS