Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nik Omar: HARAPAN berpeluang menang di Kelantan
Diterbitkan:  Apr 17, 2018 8:35 PM
Dikemaskini: 2:32 PM

PRU14 | Anak bekas Mursyidul Am PAS Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) berpeluang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Justeru katanya, kerajaan PAS Kelantan perlu menyedari kelemahan pentadbiran mereka bagi mengelakkan perkara itu berlaku.

Nik Omar bagaimanapun tidak mengulas lanjut kelemahan PAS Kelantan yang dimaksudkan.

"Kita mesti menerima realiti yang sebuah parti politik di negara ini tiada yang sempurna, termasuklah PAS yang diberi mandat untuk mentadbir Kelantan sekarang ini.

"Tidak dinafikan dari segi dasar, kepemimpinan sekarang ini sudah meneruskan legasi `Tok Guru', tetapi ada beberapa kelemahan yang hendak diperbetulkan oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) dan rakan sekutunya," katanya seperti dilapor BH Online.

Terima pandangan Husam

Dalam kenyataan yang dilihat cenderung memihak kepada HARAPAN itu, Nik Omar juga berkata kewujudan pakatan pembangkang bukan cuba menjatuhkan kerajaan Islam tetapi lebih kepada `ingin terbabit sama dalam pengurusan'.

"Pakatan pembangkang yakin mereka dapat memperbaiki segala kelemahan dan PAS sepatutnya mengambil serius isu ini jika mereka ingin diberi sekali lagi peluang untuk mentadbir negeri ini," katanya.

Nik Omar sebelum ini diuar-uarkan akan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH). Naib Presiden AMANAH Husam Musa turut menawarkan kerusi untuk beliau bertanding sebagai calon AMANAH.

Antara kerusi yang disebut-sebutkan adalah kerusi DUN Chempaka yang pernah disandang ayahnya, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kerusi itu juga dikatakan akan ditandingi adiknya Nik Abduh yang merupakan AJK Pusat PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

Nik Omar bagaimanapun menafikan perkara itu dan menjelaskan ibunya tidak setuju beliau menyertai politik.

Sementara itu, Nik Omar turut mrngingatkan PAS dan mana-mana parti yang ingin terus berkuasa agar menjaga perasaan rakyat.

"PAS perlu menerima segala cadangan dan pandangan yang diberikan oleh orang lain, termasuk penyandang kerusi Salor, Husam Musa kerana beliau mewakili AMANAH," katanya.

 

Lihat Komen
ADS