Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: HARAPAN dapat 112 kerusi, dakwa SPR enggan akui borang

PRU14 | Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa gabungan itu telah memenangi lebih daripada 112 kerusi parlimen iaitu jumlah paling sedikit yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan.

"Kami perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan.

"Kini kelihatan kita telah mencapai lebih daripada (sasaran) itu dan mereka (BN) mendapat kerusi yang lebih kurang daripada apa yang kita perolehi," kata Mahathir pada sidang akhbar di Hotel Sheraton di Petaling Jaya, malam ini.

Bekas perdana menteri itu beliau juga mendakwa HARAPAN telah menawan enam negeri - Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah.

Calon PM HARAPAN itu diiringi pemimpin kanan lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau juga berkata Harapan berharap untuk mendapatkan lebih banyak kerusi parlimen dari Sabah untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Mahathir sebelum ini mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya melambatkan pengumuman keputusan rasmi dengan menolak menandatangani perakuan Borang 14.

[Berita penuh menyusul]
 

Lihat Komen
ADS