Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyokong setia Najib selar 'rejim Dr M-DAP'
Diterbitkan:  May 14, 2018 11:24 PM
Dikemaskini: 3:27 PM

Anggota biro penerangan Umno, Datuk Lokman Adam menyelar kerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas perkhidmatannya di Kementerian Kewangan ditamatkan hari ini.

Lokman dilantik pada 2016 oleh perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu Datuk Seri Najib Razak sebagai pengarah komunikasi strategik Kementerian Kewangan.

"Hari ini saya secara rasmi ditamatkan Perkhidmatan Sebagai Pengarah Komunikasi MOF oleh Regim Mahathir DAP.

"Saya ucap jutaan terima kasih kepada semua kakitangan MOF yang melayan saya dengan baik.

"Moga Allah selamatkan penjawat awam yang lain," kata beliau pada hantaran Facebook dan Instagram.

Najib memimpin BN ke kancah kekalahan pertama dalam 61 tahun, menang hanya 79 kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari inibertemu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan juga ketua pengarah kesemua kementerian bagi memberi arahan dasar kerajaan baru.

Berikutan itu, Ketua Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah yang juga Pengerusi 1MDB dilarang menjalankan sebarang tugas dan ditukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad pula meletak jawatan. Mahathir mendakwa SPRM gagal berperanan dalam skandal 1MDB.

Lihat Komen
ADS