Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar: Kerjasama dengan Dr M 'penting' dalam menumbangkan BN
Diterbitkan:  May 16, 2018 10:30 AM
Dikemaskini: 4:38 AM

Kerjasama dengan pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sangat penting dalam menumbangkan pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional (BN) di Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu temubual.

Dia dilaporkan memberitahu Sydney Morning Herald bahawa selepas banyak tahun bekerjasama dengan Mahathir, beliau memahami bahawa Mahathir sangat mengambil berat tentang Malaysia.

Anwar berkata perkongsian baru sangat penting untuk menangani sistem korup yang sudah berakar umbi yang melanda Malaysia.

"Selagi ada komitmen yang ikhlas terhadap prinsip-prinsip ini, kami sentiasa mengalu-alukan penyokong baru..."

Anwar dilaporkan menyatakan keyakinan bahawa beliau akan dapat bekerjasama dengan bekas mentornya itu sekali lagi.

Berikutan keputusan pilihan raya yang mengejutkan minggu lepas yang menyaksikan tumbangnya keraaan BN, permohonan pengampunan Anwar telah dipercepatkan.

Malah, Anwar mungkin dibebaskan hari ini dan jika mendapat pengampunan tersebut, Anwar boleh terus kembali berpolitik.

Dalam temubualnya itu, ,Anwar dilaporkan mengingatkan bahawa Malaysia masih akan menghadapi cabaran di masa depan.

Tugas mendesak yang menunggu di hadapan termasuk menangani perkauman sistemik, kebebasan kehakiman, kedaulatan undang-undang, media bebas, dan memastikan pemisahan kuasa yang sepatutnya, katanya seperti yang dilaporkan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS