Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sejam berlalu, Najib dipercayai masih beri keterangan
Diterbitkan:  May 22, 2018 12:25 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Proses mengambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd dipercayai masih berlangsung selepas satu jam bekas perdana menteri itu tampil di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya.

Najib yang tiba pada 9.42 minit pagi tadi diiringi peguam belanya Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden masih belum keluar dari bangunan tersebut setakat 11.40 pagi ini.

Seorang pegawai SPRM mengesahkan Anggota Parlimen Pekan itu masih berada dalam bangunan berkenaan dan belum selesai memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Pagi tadi, Najib yang tiba di perkarangan bangunan SPRM diserbu pengamal media tempatan dan antarabangsa yang telah menunggu seawal pukul 8 pagi tadi bagi membuat liputan kes yang melibatkan bekas perdana menteri itu.

Pada Jumaat lepas, SPRM telah menyerahkan notis meminta Najib hadir untuk memberi keterangan selepas suruhanjaya berkenaan membuka semula siasatan kes aliran wang dari SRC International iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 Jan 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

- Bernama

Lihat Komen
ADS