Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Tak perlu laporan polis baru untuk buka semula kes Altantuya'
Diterbitkan:  May 25, 2018 3:57 PM
Dikemaskini: 8:01 AM

Polis tidak perlu menunggu laporan polis baru untuk membuka semula siasatan berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata anggota parlimen DAP.

"Tidak perlu laporan polis baru untuk dibuat, memandangkan kemungkinan besar orang yang mengarahkan pembunuhan Altantuya sudah diketahui polis sejak awal siasatan kes berkenaan, dan ini merupakan aspek yang sangat penting yang tidak diambil kira dalam siasatan berkenaan.

"Tidak logik untuk penyiasat hanya bertanya siapa bunuh Altantuya tanpa bertanya motif tindakan dalam penyiasatan berkenaan," kata Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang dilapor The Star sebagai berkata bahawa polis tidak nampak apa-apa alasan kukuh untuk membuka semula kes pembunuhan berkenaan setakat ini, selain tiada laporan polis baru dibuat.

Ramkarpal berkatam laporan polis hanyalah 'formaliti'.

"Polis sendiri boleh membuka semula siasatan sekiranya Mohamad Fuzi rasa ia perlu," katanya.

Ramkarpal menambah, bapa Altantuya, Setev Shaariibuu, dalam surat yang dikirim kepadanya meminta agar pihak yang mengarahkan pembunuhan anaknya dihukum.

Selain itu, tambah Ramkarpal, Presiden Mongolia Battulga Khaltama pada 18 Mei lalu turut meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuka semula siasatan kes berkenaan.

"Dalam situasi ini, saya menggesa agar Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamad Fuzi membuka semula siasatan berhubung pembunuhan Altantuya dengan kadar segera, atau suruhanjaya siasatan diraja bersidang untuk menentukan motif pembunuhan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS